BERA 27 Ogos – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mewujudkan undang-undang urus niaga dalam talian bagi menjamin perniagaan lebih telus.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi tujuan itu satu draf undang-undang perniagaan dalam talian akan dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen akan datang.
Jelasnya, draf undang-undang itu kini dalam peringkat akhir kajian Peguam Negara sebelum dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan kelulusan.
Menurutnya, undang-undang berkaitan dilihat sangat perlu berikutan kecenderungan orang ramai khususnya di kalangan orang muda membeli produk melalui Internet.
“Pihak kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan setiap syarikat berdaftar dengan agensi itu sebelum menawarkan produk di Internet.
“Syarikat wajib berdaftar dengan SKMM dan kelulusan untuk mengiklan produk diperoleh sebaik sahaja mereka berbuat demikian. Ini akan menjamin ketelusan dan kebolehpercayaan pengguna terhadap syarikat terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Bera di Dataran Kerayong Bera semalam. Lebih 25,000 orang pelbagai kaum menghadirinya.
Menurut beliau, undang-undang berkaitan urusan perniagaan tersebut kini agak longgar menyebabkan pengguna terdedah kepada elemen penipuan.
“Antara laporan kes penipuan pembelian menerusi Internet ialah produk tidak sampai, produk tidak sama seperti diiklankan, tiada kualiti dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, mengenai program Jom Beli Barangan Raya beliau memberitahu, program yang pertama kali dilaksanakan di Putrajaya baru-baru ini akan diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun ini.
Katanya, pengenalan program tersebut berjaya memenuhi kehendak dan permintaan pengguna di semua peringkat dan pihaknya mendapat maklumat supaya ia diperluaskan ke seluruh negara.

Umniyyah Ulfa ketika membuat crepe durian yang diminta pelanggan.
Kebanyakan pemilik perniagaan kini memilih untuk memasarkan pelbagai produk termasuk makanan melalui dalam talian (online).
Tidak ketinggalan, peniaga kraftangan, felt flower, hiasan dinding, dan kad turut mengambil inisiatif dalam mengaplikasikan kaedah yang sama.
Produk buatan tangan seperti beg, kasut dan tas tangan dipromosikan secara meluas melalui internet tanpa menggunakan sebarang iklan dalam surat khabar, radio ataupun televisyen.
Timbul persoalan mengapa orang awam memilih untuk menjalankan perniagaan online berbanding perniagaan biasa, sedangkan ia mungkin kurang dipercayai mahupun mendapat perhatian pelanggan.

Azrin bersama sebahagian produk hasil kerja tangannya.
Dikatakan sebenarnya, kaedah perniagaan online merupakan jalan penyelesaian kepada mana-mana individu yang ingin menceburi bidang perniagaan namun berhadapan dengan masalah kesempitan sumber kewangan.
Namun, ia bukan bererti bahawa perniagaan biasa seperti bisnes kecil-kecil, sederhana mahupun industri import dan eksport tidak bagus dan sukar untuk berjaya, sebaliknya faktor kejayaan itu bergantung pada individu yang mengusahakannya.
Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa blogger merangkap usahawan baru berjaya memilih kaedah online kerana mempercayai kebaikannya, iaitu kurang berisiko dan lebih mudah untuk dijalankan.
Promosi terhad jika di kedai
Usahawan bakeri, Ellinur Bakarudin berkata, perniagaan online menjadi pilihan utamanya ketika memilih untuk menjalankan perniagaan kerana pasarannya yang lebih luas di Malaysia, di mana kira-kira 17 juta pelanggan menggunakan internet, malah di dunia sahaja terdapat lebih kurang 800 juta penggunanya.
Pemilik totcupcakes.blogspot.com ini berkata, pendedahan dan promosi kepada pelanggan menjadi terhad jika membuka kedai.
Menurutnya, melalui online usahawan dapat bekerja di rumah dengan menentukan waktu bekerja sendiri tanpa perlu melalui kesesakan lalu lintas sewaktu pergi dan pulang bekerja serta menghindari waktu bekerja lama tanpa sebarang rehat.
Ellinur berkata, kaedah berkenaan menjimatkan masa dan wang di mana kos yang dikeluarkan sangat rendah berbanding perniagaan biasa. Mereka hanya perlu menyediakan sebuah komputer lengkap dengan talian sahaja, berbanding mengeluarkan kos untuk sewa kedai, bil api, bil air dan gaji pekerja tetap.
“Kos pemasaran produk adalah rendah, percuma dan tinggi keberangkaliannya, di mana produk dipromosikan secara terus melalui medium sosial dengan memuat naik gambar produk sahaja.
“Jika dibandingkan dengan kaedah perniagaan biasa, iaitu melalui meletakkan iklan atau mengupah menghantar risalah, peluang yang diperoleh agak rendah,” katanya.
Katanya, perniagaan online juga mempunyai kekurangan tersendiri, di mana terdapat segelintir pelanggan yang memesan produk memaklumkan mereka sudah membayar walhal tiada sebarang bayaran dijelaskan.
“Bagaimanapun, sememangnya perniagaan online menguntungkan kerana tiada kos yang tinggi.
“Produk terlaris yang dipasarkan secara talian di dalam blog saya adalah cupcake bouquet yang menjadi pilihan umum terutamanya bagi sesiapa yang ingin melangsungkan majlis tertentu,” katanya.
Pembahagian masa fleksibel
Sementara itu, Azrin Suzieyatie Adrina Anuar berkata, konsep perniagaan online menjadi pilihannya kerana ia lebih mudah digunakan dan bersifat interaktif kepada orang awam.
Selain mengikut peredaran masa, perniagaan online juga lebih mesra pengguna dan boleh dianggap sebagai satu fenomena kepada orang ramai.
Menurutnya, bermula hanya sekadar suka-suka dengan memuat naik hasil kerja tangannya, akhirnya produknya menjadi perhatian dan permintaan meluas daripada orang ramai.
Azrin berkata, medium online menjadi pilihan untuk memasarkan produk berbanding perniagaan biasa kerana tidak perlu menanggung risiko besar bagi mengaut keuntungan ataupun menghadapi kerugian.
Malah, pemilik artsyzsuzie.blogspot.com ini berkata, perniagaan biasa memerlukan sesuatu penyelenggaraan berterusan, di samping harus mengelola pelbagai aspek mempromosikan produk.
“Jadi, saya memilih untuk menjalankan perniagaan online kerana mempercayai manfaat yang bakal diperoleh dari konsep ini dengan pembahagian masanya yang lebih fleksibel.
“Lagipun sekarang adalah budaya masyarakat moden membeli melalui online, maka penggunaan teknik ini dijamin lebih praktikal kepada usahawan dan juga pelanggannya, yang mana pelanggan dapat memilih produk dan membuat keputusan tanpa sebarang tekanan,” katanya.
Menurut usahawan produk kraftangan seperti rantai kekunci, hiasan dan aksesori wanita ini, perniagaan dalam talian dapat mewujudkan persaingan sihat antara usahawan, di samping menggalakkan usahawan menjadi lebih inovatif dan kreatif dalam teknik pemasaran dan perniagaan.
Katanya, hasil perniagaan online telah membantunya mengaut keuntungan, sehingga kini dirinya sudah berjaya membuka sebuah kedai.
Bagi usahawan produk makanan, Umniyyah Ulfa Hussine berkata, kaedah online dijalankan kerana ia mampu beroperasi pada bila-bila masa sahaja tanpa memerlukan sesuatu ruang kedai yang besar.
Kaedah itu membantu memudahkan urusan pelanggan, di mana mereka dapat memilih dan menempah produk pada bila-bila masa sahaja.
Pemilik mrchocolate2u.blogspot.com ini berkata, melalui pembelian secara online, pelanggan lebih mudah membandingkan harga dengan kualiti yang diberikan usahawan.
Umniyyah Ulfa berkata, kaedah itu diguna pakai kerana dirinya sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana, jadi perniagaan online membantu merealisasikan impiannya untuk menjalankan perniagaan walaupun secara sambilan sahaja.
Selain kuih muih dan kek, produk terlaris dan mendapat permintaan yang menggalakkan melalui medium sosial yang digunakannya adalah durian crepe , mango crepe dan corn crepe yang menjadi satu fenomena buat masa kini.
Manakala, Amnani Aminudin, usahawan online creative fabric berkata, kelebihan memasarkan produk melalui online adalah langkah terbaik bagi usahawan yang ingin berniaga tapi malu-malu untuk mempromosikan produk.
“Terdapat segelintir usahawan kurang berkeyakinan untuk bercakap dan berhadapan dengan orang ramai, jadi mereka boleh memasarkan produk secara online sahaja,” katanya.
Menurutnya, produk sentiasa dikemas kini melalui medium sosial, jadi pelanggan lebih memberi perhatian bagi keadaan itu. Rangkaian dompet wanita yang meliputi pelbagai bentuk saiz dan warna menjadi pilihan utama pelanggannya kerana dijahit mengikut citarasa pelanggan yang menempah produk berkenaan.
Tarikh Sumber: 15 Januari 2013
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bisnes-online-trend-perniagaan-terkini-1.121398
PUTRAJAYA – Semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian diwajibkan mematuhi Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan menjaga kepentingan pelanggan dan mengelak mereka daripada menjadi mangsa penipuan urus niaga secara elektronik.
Jelasnya, peraturan tersebut mewajibkan peniaga menyediakan maklumat seperti nama, nombor pendaftaran perniagaan, nombor telefon, alamat, e-mel dan ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan kepada pelanggan.
“Kerajaan juga tidak benarkan sebarang kos tersembunyi, jadi peniaga perlu meletakkan harga penuh barangan atau perkhidmatan termasuk kos sampingan.
“Selain itu, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran pesanan pelanggan harus dinyatakan dengan jelas,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tarikh Sumber: 21.02.2013
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
Akhirnya cita-cita saya untuk memilik Blog Foto tercapai.
Sudi-sudikan untuk melawat di sini:
_
Mana satu pilihan dari produk “second hand” ?
DSLR = Digital Single Lens Reflex
NIKON D90

CANON 500D


Here are some of the main features compared with Canon 500D (June 2009) and Nikon D90 (Release Date: 31/08/2008):
| Canon 500D | Nikon D90 | ||
|---|---|---|---|
| Sensor effective Pixels |
22.3 x 14.9 mm CMOS 15.1 million pixels |
23.6 x 15.8 mm CMOS 12.3 million pixels |
|
| Movie | 1080p at 20 fps | 720p at 24 fps | |
| Main LCD Screen | 3.0″ TFT LCD 920,000 pixels |
3.0″ TFT LCD 920,000 pixels |
|
| Status LCD Screen | No | Yes | |
| Auto Focus | 9 focus points | 11 focus points |
http://facts4you.net/dslr/?p=4
_
Pada akhir tahun 2010 lepas, saya ada membuat posting di laman facebook saya (www.facebook.com/ekedai ) untuk mencari rakan niaga dari butik pakaian sekitar Gombak, Selangor. Ia merupakan sebahagian dari Pelan Perniagaan 2011/2012.
Memang telah menjadi amalan saya sejak 2006, pada setiap hujung tahun saya akan menyediakan pelan perniagaan bagi tahun berikutnya. Ia akan menjadi garis panduan yang perlu saya patuhi dalam perjalanan perniagaan saya sepanjang tahun tersebut. Walaupun perniagaan saya adalah perniagaan online (internet), pada pendapat saya cabaranya adalah sama seperti perniagaan offline (di premis kedai). Pelan Perniagaan tersebut adalah manual perniagaan online saya.
Projek kerjasama perniagaan online saya dan butik pakaian tersebut merupakan sebahagian dari Pelan Perniagaan 2011/2012 dalam usaha untuk mengembangkan Kumpulan Rangakaian E-Kedai.
Walau bagaimanapun, sehingga akhir Jun 2011 lepas, saya gagal menemui mana-mana butik yang sudi untuk bekerjasama dengan saya, sehinggalah pada awal Julai 2011 baru-baru ini.
Sinar Inspirasi
Ya, nama pakaian rekaan Sinar Inspirasi yang diterajui oleh Sdr Ahmad Sidry berpejabat di Plaza GM Chow Kit, Kuala Lumpur telah memberi sinar harapan kepada pelan impian saya tersebut. Pakaian rekaan/keluaran Sinar Inspirasi menumpukan rekaan pakaian muslimah sopan disamping pakaian kanak-kanak dan lelaki dewasa.
Kedai online saya yang menjual pakaian rekaan Sinar Inspirasi tersebut saya namakannya sebagai EDARAN SINARMALL yang boleh dilawati di alamat web www.edaransinarmall.com .
_
_
Sudi-sudikan untuk melawat laman web baru saya ini.
_
EDARAN SINARMALL
Gaya Membeli-belah Terkini
w: www.edaransinarmall.com
m: 019-3400826
f: 03-6184 2545
e: edaransinarmall@gmail.com
Laman Komuniti Facebook:
http://www.facebook.com/Edaran-SinarMall
_
Sumber: Berita Harian 16/06/2011
Oleh Magendran Rajagopal, Sazarina Shahrim, Badrul Kamal Zakaria dan Hazwan Faisal Mohamad
bhnews@bharian.com.my
- Lebih 10 laman sesawang agensi kerajaan ‘diserang’
- Anonymous bantah sekatan laman perkongsian fail
PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pengajian Politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi, Tourism Sabah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah digodam penyerang siber pagi semalam, bagaimanapun berjaya dipatahkan dan dipulihkan menjelang petang. Berikutan serangan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan semua agensi kerajaan supaya bersiap sedia dan mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 36 jam akan datang.
Amaran itu dikeluarkan berikutan ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa menggelar diri mereka ‘Anonymous’, yang mahu menyerang portal kerajaan, www.malaysia.gov.my melalui ‘Operation Malaysia’ pada jam 3.30 pagi ini dengan alasan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.
Difahamkan, laman web Tourism Sabah, UiTM Sabah dan Jabatan Pengajian Politeknik digodam pada jam 10 pagi dan kembali pulih selepas jam 3 petang semalam.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata semua cubaan menggodam itu berjaya dipatahkan berikutan arahan berjaga-jaga yang dikeluarkan kepada semua agensi sejak kelmarin, selain persiapan awal yang dibuat untuk menghadapinya.
“Bagaimanapun, tempoh ancaman belum berakhir, jadi kita mahu semua agensi kerajaan terus mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 24 hingga 36 jam ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ditanya sama ada kerajaan bercadang menutup semua sistem komputernya hari ini berikutan ancaman itu, Thajudeen berkata, kerajaan tidak akan mengaku kalah kepada penggodam, sebaliknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi mereka.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan cubaan godam yang dilakukan semalam adalah berskala kecil atau dilakukan penggodam tempatan.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga sudah bersiap sedia menghadapi ancaman siber berkenaan serta yakin berupaya menangkis cubaan mereka.
Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan semalam, berkata mereka sudah menyelaras strategi bersama semua agensi kerajaan berkaitan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
“Sebelum ini pun ada serangan siber dilakukan terhadap laman web kerajaan tetapi kita (SKMM) dapat memulihkannya dengan pantas kerana sudah ada mekanisme dan prosedur bagi menanganinya.
“Bagaimanapun, SKMM akan terus berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman siber bagi memastikan keselamatan maklumat dan rangkaian perhubungan demi integriti pelanggan di Malaysia,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri, dalam satu kenyataan berasingan berkata, pihaknya memandang serius ancaman itu dan menganggap kebarangkalian ia berlaku adalah tinggi.
‘Anonymous’ dikesan pegawai sebuah syarikat perisian keselamatan di Finland dan makluman mengenainya dibuat pada jam 4.42 pagi Selasa lalu.
Minggu lalu, ‘Anonymous’ melancarkan DDoS atau ‘distributed denial of service’ terhadap laman web Kerajaan Turki sebagai bantahan terhadap rancangan kerajaan itu untuk memperkenalkan penapisan internet.
Hujung minggu lalu pula, laman web Senat Amerika Syarikat diceroboh kumpulan penggodam Lulz Security tetapi gagal melepasi ‘firewall’ untuk memasuki rangkaian laman web yang lebih sensitif.
Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata semua tindakan yang sewajarnya sudah diambil bagi menghalang cubaan menyerang laman web kerajaan.
“Kita sudah memaklumkan perkara (serangan) ini kepada semua pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), SKMM dan semua agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan siber,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di sini, semalam.
Rais menjelaskan Malaysia tidak pernah mengenakan sekatan internet tetapi akan mengambil tindakan terhadap mana-mana laman web yang mengandungi unsur jenayah.
“Saya rasa mereka tidak faham niat baik kita. Kita tidak ada sekatan tetapi apabila berlaku jenayah siber, mekanisme itu (sekatan) akan digunakan,” katanya.
Beliau berkata, semua laman web yang berkenaan (disekat) boleh merayu kepada SKMM agar sekatan itu ditarik balik, bagaimanapun setakat ini suruhanjaya itu tidak menerima sebarang rayuan.
Sumber: Berita Harian 16/06/2011
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan mengalami gangguan selepas digodam sejak kelmarin tetapi tiada data peribadi atau kewangan yang terancam, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Dalam serangan oleh kumpulan penggodam antarabangsa yang menggelar diri mereka “Anonymous”, 51 laman web agensi kerajaan menjadi sasaran.
Serangan itu bermula lewat malam kelmarin susulan amaran kumpulan penggodam antarabangsa itu yang mendakwa kerajaan Malaysia mengenakan tapisan internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.
“Pemantauan kami terhadap situasi itu mendapati berlaku penurunan tahap serangan menjelang 4 pagi tadi dan selepas penilaian lanjut, kami mendapati ia hanya memberi kesan kecil terhadap pengguna di Malaysia,” menurut kenyataan SKMM.
Bagaimanapun, SKMM tidak menyatakan laman web yang menjadi sasaran serangan. – Reuters
Sumber: Berita Harian, 03.10.2010

Kecuaian ibu bapa, pengasuh tak endah teknik penyusuan botol punca tragedi
TIGA kes berbeza membabitkan mangsa berlainan tetapi berkongsi punca sama – kematian akibat tersedak susu. Kejadian itu sudah pasti membimbangkan ramai ibu bapa, khususnya yang terpaksa bergantung harap kepada perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak.
Ibu bapa mana yang dapat menerima berita buruk apabila permata hati yang baru mengenali dunia, hilang sekelip mata. Lebih dikesali, kematian insan tersayang akibat punca yang sememangnya boleh dielakkan andai semua pihak, khususnya yang menjaga bayi berkenaan, lebih bertanggungjawab menjaga bayi itu.
Namun, perlu diingat, kejadian seumpama itu tidak hanya membabitkan pusat jagaan, sebaliknya boleh berlaku di mana-mana. Apalagi ia membabitkan risiko ketika memberi susu botol kepada si kecil berkenaan.
Persoalannya, bagaimanakah kejadian tersedak susu itu boleh berlaku?
Pakar Perunding Pediatrik, Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam, Dr Varughese Koshy, berkata, tidak dinafikan, bayi sememangnya berisiko untuk tersedak ketika menyusu terutama jika mereka yang berusia di bawah setahun.
Malah, katanya, semakin kecil usia mereka, semakin tinggi risiko untuk tersedak ketika menyusu.
“Dua fakta yang utama, sistem pertahanan tubuh yang belum matang dan kecuaian ibu bapa atau pengasuh mengenai keselamatan anak-anak menyumbang kepada kejadian tersedak susu ini.
“Walaupun ia bukan kes yang terlalu kerap dilaporkan tetapi kecuaian boleh menyebabkan ia terjadi. Setiap bayi sememangnya berisiko untuk mengalami masalah ini,” katanya.
Dr Varughese turut mengingatkan, bayi juga tidak hanya berisiko tersedak susu tetapi juga pelbagai jenis makanan lain. Ini seperti kekacang, ketulan daging atau ikan yang dipotong dalam saiz besar atau disediakan dengan tidak sempurna seperti tidak dihancurkan sebaiknya hingga menyukarkan mereka untuk menelan.
Katanya, berbanding orang dewasa, sistem pertahanan tubuh bayi juga belum terbentuk dengan sempurna. Dan bagi kes tersedak susu, ia membabitkan pembentukan ‘cough reflex’ yang belum cukup matang.
‘Cough reflex’ merujuk komponenan sensori dan motor, iaitu sebahagian daripada mekanisme pertahanan badan yang sangat penting. Sistem pertahanan tubuh ini memungkinkan reseptor batuk dalam epithelium di laluan pernafasan sangat sensitif pada stimulasi mekanikal ataupun kimia.
Stimulasi pada reseptor batuk bertindak mengeluarkan bahan asing daripada sistem pernafasan sebelum ia sampai ke paru-paru.
“Keadaan itu menyebabkan bayi sukar untuk mengeluarkan bahan asing atau yang tidak dikehendaki, termasuklah cecair seperti susu daripada tekak.
“Otot mereka masih kecil untuk bertindak sedemikian,” katanya.
Sehubungan itu, kata Dr Varughese, tiada cara yang lebih berkesan bagi mengelak permasalahan atau risiko itu kecuali ibu bapa atau penjaga bersikap lebih prihatin dalam penjagaan bayi.
“Jangan sesekali tinggalkan mereka sendirian ketika menyusu. Walaupun anda berada di sebelah bayi itu sekali pun, jangan biarkan mereka menyusu dengan bertindak menjadikan bantal sebagai bahan penyendal atau penahan botol susu.
“Sebaliknya, cara terbaik adalah memegang botol susu itu. Pada masa sama, pantau sesi penyusuan itu,” tegasnya.
Dr Varughese berkata, ibu bapa juga perlu prihatin aspek pemilihan puting botol susu yang digunakan.
Ini kerana, lubang puting yang besar menyebabkan susu mengalir terlalu laju yang memudahkan mereka tersedak.
Begitu juga ketika memberi mereka makan, ibu bapa atau pengasuh perlu peka untuk melihat keupayaan anak sama ada si kecil itu sudah berupaya mengunyah makanan dengan baik atau sebaliknya.
“Tidak semua makanan mesti dihancurkan sebelum disuap kepada anak. Sebaliknya, potong makanan dalam saiz kecil yang bersesuaian dengan keupayaan anak untuk mengunyah atau menelan.
Info: Cara betul/teknik menyusu bayi
- Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
- Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
- Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
- Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
- Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
Perkara perlu dielak
- Jangan sekali-kali tinggalkan bayi sendirian ketika menyusu.
- Jangan jadikan bantal atau kusyen sebagai penahan atau penyendal botol susu yang diberi kepada si kecil, sebaliknya pegang botol susu itu.
- Pantau sesi penyusuan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
- Jangan pandang remeh pembelian puting susu. Sebaliknya, peka kepada aspek lubang puting itu kerana lubang besar juga berisiko menyebabkan bayi tersedak susu.
_

