ITTIHAD (Rabbani)

VIDEO LIRIK ITTIHAD

ITTIHAD

Dihalaman subur taman kemesraan
Mercup tumbuh pohon kasih sayang
Merimbun berbunga dan meredupkan
Biru langit dan hijau rumpun kehidupan

Harumnya kelopak persaudaraan
Mekar dititis embun keharmonian
Itulah kelangsungan denyut perjuangan
Sejati dan bersemi dalam ranum perpaduan

Seringkali memapah perpaduan
Ada jambatan terbakar dihadapan
Kiri kanan iri dan igauan
Dedalu ego menumpang di dahan

Ikatlah ittihad itu
Dengan tali pengorbanan
Takkan terurai didomba dendaman
Selagi dijalin jemari keikhlasan

Oo oo oo oo oo.
Oo oo oo oo oo.

Harumnya kelopak persaudaraan
Mekar dititis embun keharmonian
Itulah kelangsungan denyut perjuangan
Sejati dan bersemi dalam ranum perpaduan

Mengapa masih berkabus kebimbangan
Sedangkan Tuhan rahmati penyatuan
Mengapa masih dibesit keraguan
Sedangkan rasul dan alquran pencerahan

Ikatlah ittihad itu
Dengan tali pengorbanan
Takkan terurai didomba dendaman
Selagi dijalin jemari keikhlasan

Manisnya buah perpaduan
Semanis generasi mengukir senyuman
Jasa dan bakti biar menjadi sebutan
Dalam himpunan doa keberkatan

Aa aa aaa aa aa aaah.

PRODUCTION:

Terbitan : Rabbani Productions (M) Sdn Bhd
Artis : RABBANI
Senilagu : Daqmie
Senilirik : Ito Lara
Penerbit Eksekutif : Mohd. Asri b. Ubaidullah
Penerbit : Ito Lara, Wan Saleh & Rabbani
Susunan muzik : Wan Saleh & gitar oleh Fuad Ko
Susunan vokal : Wan Saleh, Fuad Ko & Rabbani
Vokal : Rabbani & Amir Hufaz
Studio Rakaman : Inteam Records
Mixing : Wan Saleh
Mastering : CL Toh
Video Lirik : Fendi (Rabbani)

Tuliskan Komen Anda

Related Post