Kelas Harian Al-Quran Online Musim PKP

Covid-19 telah membawa kepada “Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” yang telah dilaksanakan secara berfasa:

FASA 1 (PKP) : 18 Mac – 31 Mac 2020
FASA 2 (PKP) : 1 April – 14 April 2020
FASA 3 (PKP) : 15 April – 28 April 2020
FASA 4 (PKP) : 29 April – 12 Mei 2020
FASA 5 (PKPB) : 13 Mei – 09 Jun 2020
FASA 6 (PKPP) : 10 Jun – 31 Ogos 2020

* Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
* Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Antara keterbatasan aktiviti harian termasuklah tidak dapat menghadiri kuliah agama serta kelas pengajian Al-Quran sama ada di masjid, surau, pejabat atau mana-mana lokasi lain.

Lantaran itu ada individu dan organisasi yang berkemahiran dalam bidang agama mengambil inisiatif menerbitkan kuliah dan pengajian Al-Quran melalui saluran Facebook.

Mengapa Facebook?

* Rujuk Laporan Pengguna Internet Malaysia (Januari 2020)

 

Berikut adalah sebahagian senarai awal “13 FB Live Kelas Al-Quran Harian Online Percuma” yang boleh ikuti untuk tahap bacaan permulaan, pertengahan dan lanjutan.

Walaubagaimanapun, ada kelas FB Live yang telah berjalan secara konsisten setiap hari tanpa cuti antaranya program #DailyQuran di FB Page Uwais Qorny. #DailyQuran telah  bersiaran kali pertama pada  Jumaat, 27/04/2018 (Season 1, Episode 1) dan pada tarikh Isnin, 08/06/2020 telah memasuki Season 4, Episode 198 dan bakal khatam pada Selasa, 30/06/2020 jam 8:00pm

Berikut 3 program Al-Quran yang ❤️ Amat Disyorkan 🙂

#1
Masa: 07.27am – 08:00am
Program: #DailyQuran
Pembimbing: Ustaz Uwais Qorny
Tagline: “Elak fahami Al-Quran dengan akal sendiri”
Link: https://www.facebook.com/officialuwaisqorny/

Ringkasan:
6 Rukun #DailyQuran Season 4, M.S.T.L.D.S (tiru 6 perkara ini untuk improve / upgrade bacaan Al-Quran):
M – Mulut
S – Suara
T – Tempo (kadar kelajuan)
L – Lagu
D – Dialek
S – Style

Misi:
1 Hari 1 Maqrok

#2
Masa: 12:00pm – 01:00pm
Program: My #QuranTime
Pembimbing:
Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
Ustaz Ahmad Tirmizi Ali
Ustaz Fazrul Ismail
Tagline: “Baca. Faham. Amal”
Link: https://www.facebook.com/tvalhijrah114 (Boleh juga di tonton di saluran TVAlhijrah)

#3
Masa: 05.00pm – 05:30pm
Program: #NakPandaiNgaji
Pembimbing: Ustazah Zura Ghozali
Tagline: “Belajar Al-Quran mula dari ALIF BA TA…”
Link: https://www.youtube.com/channel/UCsvA3iAPpLL3RVHj0AiVavQ (saluran Youtube)

Ringkasan:
Menggunakan pendekatan Tingkatan Bacaan At-Taḥqiq (التحقيق): bacaan yang sangat lambat, tenang, jelas pengucapannya dan menunaikan haq huruf dengan sebaik-baiknya.

Sesuai bagi mereka yang mengajar Al-Quran kepada mereka yang mahu ‘belajar membaca Al-Quran untuk membetulkan bacaan’.

#PKP_PKPB_PKPP
#StaySafe
#KitaJagaKita
#KitaPastiMenang

 

Tuliskan Komen Anda

Related Post