Kempen Baca Quran 1 Hari 1 Maqrok #DailyQuran

Kempen Baca Quran ‘1 Hari 1 Maqrok’ (sukatan 1/8 dari 1 juzuk, dari simbol bunga ke bunga dalam Al-Quran Rasm Uthmani) adalah program FB Live yang dinamakan sebagai DailyQuran (DQ) kendalian Ustaz Uwais Qorny, setiap hari bermula jam 7.27am selama 30 minit: 3 minit awal untuk menunggu penonton masuk ‘kelas online’.

Contoh simbol Maqrok pada tanda warna merah

 

Kredit Grafik www.almukhlisin.my

 

Program DQ ini telah memasuki Musim ke-2, Episod 144 pada Ahad, 18 Ogos 2019 dan dijangka akan khatam pada Jumaat, 22 November 2019 yang boleh di tonton di Page Facebook melalui Smartphone, Tabs, PC, Laptop atau Smart Tv anda.

Tiada alasan tiada masa.

 

Berikut adalah sumber yang kami petik dari Telegram Group/DQ untuk sama-sama sebarkan agar lebih ramai dapat Like, Folllow & Tonton Live atau rakaman.

SIAPAKAH ANDA ?

Level 1 – Masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran?
Level 2 – Boleh membaca Al-Quran tetapi tidak tahu hukum-hukum tajwid?
Level 3 – Boleh membaca Al-Quran dan tahu hukum-hukum tajwid tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengajar orang lain?
Level 4 – Guru Al-Quran tetapi mahu menjadi lebih tip-top?

Jom kita mengaji SECARA LIVE di #DailyQuran setiap hari percuma dan tanpa cuti, bermula pukul 7.27 pagi bersama USTAZ UWAIS QORNY, Pakar Kejurulatihan Quran Malaysia.

📍https://www.facebook.com/officialuwaisqorny/

Anda juga dijemput untuk join support group #DailyQuran di telegram :
📍t.me/protazuwaisqorny

 

 

Tuliskan Komen Anda

Related Post