Pakatan Harapan bentang Belanjawan pertama

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2019, yang pertama bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH), di Dewan Rakyat hari ini.

Guan Eng tiba di Dewan Rakyat diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pembentangan belanjawan itu yang bermula kira-kira 4.05 petang, disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen dan radio tempatan.

Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2019 itu dibuat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan akan dibahaskan oleh Ahli Parlimen di peringkat dasar bermula pada 12 sehingga 15 Nov.

Perbahasan itu kemudiannya disusuli sesi jawapan oleh menteri sebelum dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula 26 Nov hingga 6 Dis.

Persidangan Dewan Rakyat tidak berlangsung pada minggu depan berikutan sambutan perayaan Deepavali.

— BERNAMA

Tuliskan Komen Anda

Related Post