Perniagaan Online

Perniagaan elektronik (e-niaga) atau perniagaan Internet atau juga juga dikenali sebagai perniagaan online adalah suatu kaedah perniagaan yang membolehkan seseorang berniaga melalui Internet atau ICT.

Konsep perniagaan Internet tidak jauh berbezanya dengan perniagaan konvensional. Peniaga masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Perbezaannya hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut di mana urus niaga tersebut dijalankan secara dalam talian. Pihak pembeli dan penjual tidak perlu bersemuka dan boleh berada beribu-ribu batu jauhnya.

Ada dua bentuk perniagaan Internet:

1. Perniagaan berasaskan perkhidmatan
2. Perniagaan berasaskan produk

Sumber: wiki

Tuliskan Komen Anda