Tema Dan Logo Rasmi Hari Kebangsaan Kemerdekaan Malaysia 2020

Bagi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2020, logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang diperkenalkan bersama tema yang dipilih iaitu Malaysia Prihatin.

Warna Biru Tua:
Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni

Bulan sabit: 
Islam sebagai agama rasmi Persekutuan

Bintang Pecah 14:
Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan

7 Jalur Merah Putih Berbentuk Hati: 
Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan

Logo Berbentuk Hati:
Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum

Stigma Bunga Raya:
Membawa negara menuju ke mercu kejayaan

5 Titik Merah:
Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa

Sumber: https://www.infosentral.my/logo-tema-hari-kebangsaan/

Tuliskan Komen Anda

Related Post